Monday, March 29, 2010

sahabat

ukhuwah yang terbina persis sekuntum
bunga
meskipun kini kita terpisah demi kasihnya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yang berlalu
menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama
saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lg
kita bersama memijak onak duri
di tanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketentuanNya
ada rahmat tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah kuharap..berulang lg

No comments: