Friday, April 30, 2010

entry khas

assalamualaikum n selamat sejahtera..
hmpir 3 tahun berada di USM..pelbagai perkara diharungi..pelbagai perkara dipelajari..
dari cni kita mengenal susah senang bergelar penuntut universiti.. kini ianya bakal berakhir..walaupun bukan secara rasmi..
dalam setiap pertemuan pasti ada perpisahan..dan itulah perkara yang kita bakal lalui sekarang..
jika sebelum ini kita sentiasa berharap agar masa berlalu dengan pantas supaya kita lekas meninggalkan alam universiti..namun kini kita mengharapkan agar masa itu berhenti supaya kita tidak melalui perpisahan ini..
Kepada teman2..sy amat bersyukur kerana diberi peluang mengenali anda semua...sesungguhnya saat2 suka duka bersama kalian adalah yg terindah selama sy berada di USM..
menjadi sahabat kalian juga merupakan satu anugerah kepada sy terutamanya apabila mengenali teman2 terbaik..:-)..
semoga perpisahan yg terjadi bukanlah penamat kepada persahabatan ini...
kepada daisy..terima kasih kerana sudi menjadi teman terbaik sy sepanjang hmpir 3 tahun disini...semoga ia terus berkekalan kerana jauh bukan bererti putus..dan kepada teman2 len..zulaika, zatie,mad,soe,iwan,amal,izat,jue,fira,mazhad,keyo dan sebagainya..thanks kwn2 kerana sudi menghadirkan diri dalam kenangan ini...sy syg kamu semua...

Friday, April 9, 2010

saya sangat sayang kawan-kawan sy....

terlalu banyak kenangan yang diperoleh bersama kalian
pahit manis kita tempuhi bersama
kiranya aku pernah melukakan
disini aku memohon kemaafan
perpisahan bukan beerti putus
kerana ikatan yang terbina amat kukuh
janganlah kalian meruntuhkan ikatan itu
perpisahan juga bukan beerti tamatnya pertemuan
kerana ikatan itu pasti akan menemukan kita semula.
namun, kiranya pertemuan ini adalah yang terakhir
jangan la kalian bersedih.
setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya
adakalanya, apa yang dirancang tidak akan terjadi
kerana semuanya bukan ditentukan oleh kita
setiap dari kita mempunyai kenangan manis yang tersendiri
simpanlah kenangan itu sebagai memori terindah
apabila ada kenangan manis, pasti yang pahit juga ada
jadikan kenangan pahit itu sebagai cabaran dalam mengukuhkan persahabatan.
kerana pahit itulah yang mengajar kita erti persahabatan yang sebenar
janganlah disimpan sebarang dendam kerana ia boleh merungkaikan ikatan yang terbina
biarkan perpisahan ini terjadi tanpa sebarang kekesalan.
terimalah perpisahan ini sebagai lumrah kehidupan.