terlalu banyak kenangan yang diperoleh bersama kalian
pahit manis kita tempuhi bersama
kiranya aku pernah melukakan
disini aku memohon kemaafan
perpisahan bukan beerti putus
kerana ikatan yang terbina amat kukuh
janganlah kalian meruntuhkan ikatan itu
perpisahan juga bukan beerti tamatnya pertemuan
kerana ikatan itu pasti akan menemukan kita semula.
namun, kiranya pertemuan ini adalah yang terakhir
jangan la kalian bersedih.
setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya
adakalanya, apa yang dirancang tidak akan terjadi
kerana semuanya bukan ditentukan oleh kita
setiap dari kita mempunyai kenangan manis yang tersendiri
simpanlah kenangan itu sebagai memori terindah
apabila ada kenangan manis, pasti yang pahit juga ada
jadikan kenangan pahit itu sebagai cabaran dalam mengukuhkan persahabatan.
kerana pahit itulah yang mengajar kita erti persahabatan yang sebenar
janganlah disimpan sebarang dendam kerana ia boleh merungkaikan ikatan yang terbina
biarkan perpisahan ini terjadi tanpa sebarang kekesalan.
terimalah perpisahan ini sebagai lumrah kehidupan.